Tuesday, August 7, 2012

SKR

MAZHA 2010: Berhati-hati dengan buku perosak akidah kanak-kanak

MAZHA 2010: Berhati-hati dengan buku perosak akidah kanak-kanak Awas Buku Perosak Akidah Untuk Kanak-Kanak




Berkata Cikgu Rahmat :

Penjual buku ini menjual buku-buku ini di luar kawasan sekolah saya tanpa kebenaran pihak sekolah. Kandungan buku ini dicurigai saya apabila seorang murid tahun dua dengan tekun dan asyik membaca buku KISAH MALAIKAT. Setelah meneliti kandungan buku itu, saya mendapati penerbit buku ini dengan secara terus terang dan sengaja memaparkan gambar "angel" yang dianggap sebagai lakaran wajah malaikat oleh penganut ajaran Kristian.

Pihak sekolah telah bertindak merampas buku-buku yang dibeli oleh murid-murid dan satu tazkirah berkaitan unsur licik yang menyalahi akidah Islam telah diadakan selepas waktu rehat bagi menerangkan kepada murid-murid tentang niat jahat musuh-musuh Islam ini. Laporan polis telah dibuat oleh saya bersama Guru Besar di Balai Polis Majidi, Johor Bahru.

Kepada para guru dan ibu bapa diharap mengawasi sumber bahan bacaan anak-anak kita agar tidak tergelincir akidahnya. Harap ambil perhatian dengan penjual buku yang menggunakan nombor pendaftaran WRV 4072 (dipercayai nombor palsu), kereta jenis Produa Myvi berwarna Kelabu. Jika ternampak dengan kelibat penjual-penjual buku ini, sila hubungi pihak polis untuk menahan penjual ini dan seterusnya rujuk penjual yang ditahan kepada Jabatan Agama Negeri.

Saya tak dapat menahan penjual buku ini yang menjual secara haram di hadapan sekolah kerana belum sempat anggota polis peronda sampai, mereka dengan segera telah melarikan diri. Harap info ini dipanjangkan kepada seluruh sahabat pendidik dan muslim sekalian.


Rujukan di sini  (Dipetik dari email Ustaz Nor Amin)

ADVERTISEMENT
SKR

About SKR

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :