Friday, September 14, 2012

SKR

7 Tips Membuatkan Otak Berfikir Lebih Cepat




7 Tips Membuatkan Otak Berfikir Lebih Cepat | Otak manusia pada dasarnya merupakan komputer biologi. Ia memerlukan makanan, oksigen, dan ia juga perlu latihan. Anda dapat melakukan beberapa hal untuk meningkatkan kekuatan otak dengan melatihnya atau memanipulasinya.
7 Tips Membuatkan Otak Berfikir Lebih Cepat
Tip di bawah ini mungkin akan membuatkan otak anda bekerja lebih baik:

1. Ambil dosis EPA secukupnya
  • EPA adalah bahan kimia dalam minyak ikan yang merupakan makanan bagi otak, setiap orang pasti sudah mengetahuinya. Kajian menunjukan bahawa minyak ikan dapat memberikan peningkatan aktiviti pada otak, melancarkan peredaran darah, dan meningkatkan daya ingatan kita.
2. Seks secara terancang
  • Melakukan seks dapat melepaskan kimia yang dapat meningkatkan kekuatan otak menurut buku Teach yourself Training your brain yang ditulis oleh pengajar senior dan seorang ahli biologi. Seks adalah bentuk sempurna dari latihan, yang juga meningkatkan peredaran darah ke otak. Ia dapat mengurangkan stress dan ketegangan yang menurunkan efisiensi kinerja otak.
3. Buat teka teki
  • Teka-teki silang, Sudoku atau yang lainnya dapat membuat otak anda tetap pada kondisi terbaik. Sama seperti otot, jika anda tidak berlatih secara reguler, ia akan kehilangan kemampuannya untuk bekerja secara maksima.
4. Berjalan kaki
  • Tidak ada yang dapat mengalahkan udara segar yang dapat menyegarkan fikiran. Berjalan di bandar, dekat sungai atau di taman akan membantu anda menyingkirkan awan kelabu dan membantu fikiran anda lebih ‘jernih.’
5. Ketawa/Senyum
  • Ketawa bukan saja merupakan ubat terbaik, ia juga dapat meningkatkan fungsi otak dan menstimulasi kedua sisi otak. Pastikan anda ketawa setiap hari yer tapi jangan kerap betul, takut nanti orang akan salah faham. Lagipun senyum itu sedekah
6. Berfikiran Kreatif
  • Melukis atau pelajari alat musik yang baru dapat menyebabkan anda berfikir lebih cepat dan kreatif. Jadi, kalau kamu minat muzik selalu-selalikanlah pergi Jamming.
7. Berhubungan dengan sifat Keanak-Anakan
  • Einstein pernah berkata bahawa imaginasi lebih penting daripada pengetahuan dan ia menggunakannya pada beberapa eksperimen yang akhirnya menemui perhitungan paling terkenal sepanjang masa (E=MC2).
Cuba kita lihat anak-anak, mereka penuh dengan imaginasi, dan mereka belajar lebih banyak pada tahun-tahun awal kehidupan mereka lebih daripada apa yang kita pelajari selama satu dekad. Bebaskan fikiran anda dari penjara fikiran ‘seorang dewasa’, anda akan menemui cara berfikir yang belum pernah ada sebelumnya.

ADVERTISEMENT
SKR

About SKR

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :