Seorang Lelaki Perancis Telah Memenggal Kepala Editor Kartun Hina Nabi?
Polis Perancis menangkap seorang lelaki yang mengaku sudah membunuh
seorang editor surat khabar Charlie Hebdo yang menghina Nabi
Muhammad SAW. Lelaki itu ditahan setelah ia memberitahu telah membunuh editor tersebut di salah satu laman web jihad.
Keterangan tersebut di berikan salah satu sumber Mahkamah Perancis. Dalam
laman jihad tersebut, lelaki itu mengaku sudah membunuh dan memenggal
kepala editor yang bertanggung jawab atas terbitnya kartun Rasulullah
SAW tanpa pakaian.
"Editor tersebut tidak boleh dibiarkan hidup dalam damai," kata si
lelaki yang tidak disebutkan namanya, seperti dinukil Alarabiya.net.
Polis menahan lelaki tersebut di sebelah barat Bandar La Rochelle.
Polis saat ini sedang membuka siasatan awal atas tuduhan pembunuhan
tersebut.
Para pemimpin Islam di Perancis, Jumaat (21/9) lepas menggesa agar
tidak melakukan kekerasan terhadap protes yang dilakukan kerana penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.
Menteri Dalam Negeri Perancis, Manuel Valls menegaskan, akan memberikan
hukuman kepada para penunjuk perasaan yang mengadakan demo menentang
terbitnya kartun Nabi. Manuel Valls beralasan, demonstrasi akan
mengganggu ketenteraman awam.
Terbitnya kartun Nabi Muhammad SAW menambah kemarahan umat Islam dunia,
berikutan pengedaran filem 'Innocence of Muslims' yang menghina
Rasulullah SAW. Demonstrasi umat Islam Perancis di Pejabat Kedutaan
Amerika Syarikat di Paris.
Meski Pemerintah Perancis melarang demonstrasi, umat Islam Perancis merancang untuk melakukan protes besar-besaran
Sumber Alarabiya.net
ADVERTISEMENT
About SKR
Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.