23 September 2012 : YAB Tuan Guru meluangkan masa menziarahi
kematian ibu kepada Tan Choon Hwa, pengerusi TCH Group di Kota Bharu
pagi tadi. Penghormatan diberikan
kepada seorang ulamak Islam apabila seorang anak muda Cina beragama
Kristian mencium tangan TGNA tatkala menyambut ketibaannya di Christian
Presbetyrian Memorial Centre di Kota Bharu.
Nampaknya orang bukan Islam
tahu untuk menghormati ulamak berbanding dengan sesetengah umat Islam
sendiri yang mencaci dan menghina beliau sepertimana kes yang didedahkan
sebelum ini dimana seorang yang beragama Islam tergamak untuk menghina
TGNA dengan meletakkan gambar haiwan bersebelahan dengan TGNA. Hukum
kebenaran dan keadilan berjalan -
TGNA tetap dihormati oleh sekalian
rakyat berbilang bangsa dan agama sekalipun dibenci oleh orang yang
"ingkar".
Source: http://greenboc.blogspot.com/2012/09/gambar-menusuk-kalbu.html