Monday, December 3, 2012

SKR

Guru Bodoh Kerana Umno...

Amaran Kerajaan Malaysia, Guru Hanya Boleh Aktif Bersama umno.


Semua guru sekolah di negara ini hanya boleh bergiat aktif dalam parti umno sahaja, ini bermakna mereka haruslah sedia menjadi robot yang akan patut pada arahan, dan sanggup jadi bodoh kerana umno, 

Kalau kerajaan yang dipimpin oleh umno buat benda tak betul, mereka sebagai kakitangan kerajaan pun kene sokong umno jugak, nak sokong parti lain selain umno tak boleh walaupun parti lain lebih baik pentadbirannya berbanding umno.

Portal Malaysiakini mendedahkan berita mengenai nasib seorang guru yang  dari Labuan yang dipecat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selepas menghadiri ceramah Pakatan Rakyat beberapa hari lepas. ( baca sini )


Laporan berita itu juga mendakwa selepas insiden pemecatan tersebut, guru itu mendakwa telah menerima borang keahlian Umno selepas ditelefon seorang pemimpin Umno setempat.

Guru tersebut, Qatrun Nada Mohd Latfi mendakwa borang itu dihantar secara serahan tangan dua hari selepas beliau 'dinasihati' pemimpin Umno berkenaan yang juga seorang senator Dewan Negara.

Qatrun mendakwa dalam perbualan telefon sebelum itu beliau dinasihatkan bahawa sebagai kakitangan kerajaan beliau hanya boleh bergiat aktif dalam parti Umno.

Rupanya umno nak tutup kes ini, dia mintak guru terbabit jadi orang umno, dan kemudian ganjarannya apa?... apakah guru ini diberi balik kerja sebagai guru hanya selepas bersetuju jadi ahli umno?... 

Rupanya umnolah penentu hidup mati orang lain, sesuka hati boleh buang kerja dan sesuka hati boleh ambik balik asalkan mahu sokong umno... atau ini menunjukkan betapa jahatnya umno yang konon jaga sangat orang melayu ( orang melayu ialah orang yang paling mudah ditipu oleh umno ) .. hanya kerana hadir ke ceramah guru berbangsa melayu ini dibuang kerja. apakah itu adil?

Bodohnya lah kita bila membenarkan kata-kata pembodohan pemimpin umno yang juga kini senator itu.. guru tidak selayakknya dikongkong, guru yang akan mendidik seharusnya bebas mahu menyokong siapa pun, bagaimana mahu melahirkan pelajar yang bijak jika guru sipaksa jadi robot yang hanya tahu menyokong 1 parti?

Sikap beginilah yang membuatkan ramai guru dan kakitangan kerajaan muak dengan umno.. nah kini masa untuk sama-sama kuburkan umno.. ini kali la..
 

ADVERTISEMENT
SKR

About SKR

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :