Monday, May 12, 2014

SKR

PRK Bukit Gelugor: BN jangan berselindung di sebalik calon bebas


Zamri
BUKIT GELUGOR 9 MEI: Barisan Nasional (BN) diingatkan untuk berkempen menentang Pakatan Rakyat dengan berselindung di sebalik calon-calon bebas dalam polihan raya kecil Bukit Gelugor.

Katanya, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak jangan menjadikan calon bebas sebagai kambing hitam berikutan kegagalannya meletakkan calon dari komponen BN iaitu parti MCA.

“Najib dan Umno jangan berselindung disebalik calon Bebas dan menjadikan mereka sebagai kambing hitam setelah MCA sendiri tidak mampu untuk mencari seorang pun calon dari sejumlah besar pimpinan mereka.

“Sebenarnya mereka tak berani untuk berdepan dengan rakyat,” kata Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Kedah, Ir Zamri Yusof .
Tambahnya, penarikan diri BN dari PRK Bukit Gelugor bukan saja membuktikan ketidakmampuan untuk mencari calon, bahkan menambah syak wasangka orang ramai bahawa BN akan menjadikan calon bebas sebagai kambing hitam dalam PRK kali ini.

“MCA sendiri yakin mereka tidak melaksanakan tanggungjawab mereka sehingga tidak berani turun padang menyahut cabaran bertanding tanpa menjadikan calon Bebas sebagai ganti, ” ujarnya lagi.

Zamri menambah, beliau bimbang calon bebas seperti Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd Sathar yang mendakwa dirinya ahli Pas melakukan provokasi melalui isu tertentu.

Tindakan provokasi awal yang dilihat apabila penyokongnya membawa kain rentang mengenai isu hudud dalam usaha bagi meraih sokongan.
Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar sebelum ini mendedahkan bahawa Mohamed Nabi Bux bukannya ahli Pas.

Semakan dibuat mendapati beliau ahli Umno dari Cawangan Kampung Banjar dengan nombor keahlian 2700360.

ADVERTISEMENT
SKR

About SKR

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :