Monday, July 21, 2008

SKR

thriller masterpiece????

Sejak akhir-akhir kita disajikan pelbagai pencaturan politik yang dimainkan oleh pelbagai pihak sama ada pembangkang ataupun kerajaan. Pelbagai isu yang dimainkan oleh pihak terbabit, adakah ini mainan politik atau bahasa poltik sebenar yang perlu diwujudkan untuk memastikan perubahan terhadap tampuk pimpinan kerajaan. Siapakah dalang yang mengatur semua strategi ini? Bagi pandangan saya hal ini sebenarnya di catur oleh ‘thriller masterpiece’ yang mengambarkan pencatur yang bijaksana yang mengabungkan pelbagai elemen dalam mewujudkan konduksi yang perlu diterima oleh semua terutamanya dalam poltik dalam negara malaysia ini.
Unsur elemen yang digabungkan oleh ‘thriller masterpiece’ ini dalah unsur jenayah,seks dan penguasa itu sendiri. Secara realitinya memang perkara sebegini berlaku terhadap politikus di negara malaysia. Justeru, tidak hairanlah jika Datuk seri Anwar Ibrahim sering dikaitkan dengan isu liwat dengan pembantu peribadinya iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, manakala lain pulak yang berlaku terhadap Najib iaitu selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang menerima persisnya daripada isterinya sendiri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam dakwaan yang dikaitkan dengan kes bunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu. Pengakuan yang dikemukan beliau dengan tidak bersalah adakah tidak mencukupi untuk membersihkan nama baik dan imej beliau dan suaminya.
Saya berpendapat bahawa kes bunuh ini bukanya isu kecil atau tidak perlu ditumpukan malah tuduhan terhadapnya adalah serius dan harus dibersihkan mengikut lunas undang-undang. Jika kaedah Rosmah ini digunakan oleh Penasihat Keadilan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam menghadapi tuduhan liwat dengan Saiful tempoh hari, sudah tentu beliau tidak perlu disiasat atau kes tersebut diabaikan begitu sahaja. Adakah dengan pengakuan anwar bermakna kes ini ditutup sama seperti tuduhan terhadap rosmah? Bukanlah perkara ini yang ingin saya bincangkan tetapi dalang yang menjadi ‘mastermind ‘ terhadap kedua-dua pihak ini. Adakah ‘mastermind’ kepada kedua-dua pihak ini daripada golongan ilmuan global atau daripada golongan glokal, perkara sebegini yang sering kali terlintas di dalam fikiran saya untuk mengetahui siapakah mereka ini. Bahkan mereka yang menjadi pemikir atau tulang belakang dalam mencatur seseorang tokoh politik dalam meredah konduksi politik terutamanya di Malaysia.

ADVERTISEMENT
SKR

About SKR

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :