Thursday, December 23, 2010

SKR

Zulkarnain: Kualiti Seorang Pemimpin



Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana masih diberi masa dan ruang untuk menyiapkan juga perbincangan yang telah dibuat semasa mengikuti usrah dikampung baru-baru ini. Saya terpaksa menanguhkan penulisan disebabkan banyak perkara yang perlu diutamakan dahulu. Hampir seminggu saya tidak menjenguk atau melayari sesawang sahabat. Saya dikejutkan dengan pelbagai mesej mesyuarat dan program yang diputuskan ‘last minit’. Dan pada yang sama perlu menjemput bapa saudara yang pulang dari menunaikan haji di mekah. Banyak juga yang dikongsikan oleh bapa saudara setelah pulang dari mekah dan tambahan pulak saya pun pernah menunaikan umrah di mekah pada bulan 6 yang lepas maka rancaklah perkongsiaan antara kami berdua. Berbalik kepada usrah yang telah diikuti minggu lepas iaitu dari surah al-kahfi dari ayat 83-99 .Para ulamak telah banyak menulis bnyak kitab mgenai zulkarnain yang boleh kita jadikan sebagai rujukan tetapi untuk mengkajinya kemungkinan kita takkan sampai pada natijahnya kerana Allah sendiri telah menghadkan apa yang ada dalam al-quran dari segi matlamat asal penceritaan mengenai Zulkarnain. Penceritaan sebenar zulkarnain, saya akan dahului dengan mengenal latar belakang surah al-kahfi. Pandangan ibnu hisyam didalam sirah, hubungan orang–orang islam dan musyrikin pada masa tersebut keadaan amat tegang dan dihujani pelbagai konfrentasi terutamanya pemikiran atau perkataan yang mudah adalah serangan intelektual sehinggakan ada sebahagian pembesar musyrikin mekah telah di hantar ke Yathrib untuk berjumpa dengan pembesar yahudi untuk merangka perancangan bagi menentang Nabi Muhammad SAW. Pembesar Yahudi mencadangkan supaya pembesar musyirikin Mekah terbabit untuk menanyakan tiga soalan untuk membuktikan kenabiaan Muhammad S.A.W.

1 Engkau mesti menanyakan mengenai kolompok golongan anak muda yg hidup 1000 tahun dahulu-kisah ashabul kahfi

2 Seorang tokoh yang telah berjalan di timur ke barat – kisah mengenai zurkarnain

3 Engkau mesti menanyakan mengenai roh.

Setelah hampir selepas 15 hari maka turunlah surah kahfi yang telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW bagi menjawab persoalan yang dikemukakan oleh pembesar musyrikin mekah.
Menurut pandangan syed qutb turunnya wahyu tersebut adalah bertujuan untuk membetulkan kepercayaan, membetulkan cara berfikir dan membetulkan sistem nilai pada masyarakat tersebut bagi memenuhi ketiga-tiga maksud tersebut sama-samalah kita lihat surah al-kahfi bermula dari ayat 83-89. Daripada ayat tersebut dapat dirumuskan 9 perkara iaitu:

1 siapakah zulkarnain sebenarnaya dan apakah kaitan dengan Alexander the great dan bilakah zaman pemerintahannya.

2 Pengembaraan di bahagian barat- bagaimanakah keadaan disana yang dikatakan wujudnya mata air hitam dan sifat-sifat kaumnya.

3 Pengembaraan di bahagian timur yang mana ada sebuah negeri yang boleh terdedah dengan cahaya matahari secara terus tanpa pelindung.

4 Pengembaraan di bahagian utara dan sampai diantara dua gunung dan didapatinya dibelakang gunung tersebut terdapat satu kaum yang hampir tidak memahami pembicaraanya .

5 Dimanakah asal usul yahjuk dan makjuk sebenarnya .

6 Bagaimanakah tembok itu dibina sebenarnya.

7 Apakah pengajaran yang sebenar ditunjukan oleh zulkarnain yang harus dipelajari oleh segolongan pemimpin pada masa kini dalam memikul tangungjawab dan amanah yang telah diberikan.

8 Adakah tembok itu akan runtuh dan adakah sekarang yahjuk dan makjuk telah berkeliaran di muka bumi ini.

9 Adakah kemunculan gengis khan pada kurun ke-13, merupakan siri kemunculan yahjuk dan makjuk.

Daripada penelitian yang telah dibuat apa yang terkandung dalam Hadith sahih sendiri tidak dapat menafsirkan tentang zulkarnain dan tidak mengandungi keterangan menganai zulkarnain. Ibn hajar mgatakan nabi Ibrahim sezaman atau sebelum zulkarnain dan menurut riwayat ubai bin umar- zulkarnain membuat haji dengan berjalan kaki dan bertemu nabi Ibrahim dan dalam riwayat dari Ibnu abas - zulkarnaim telah sampai ke masjidil haram dan berjabat dengan nabi Ibrahim dan dalam satu ketika Ibrahim menyuruh Zulkarnain telah mengadili satu kes dengan suruhan nabi Ibrahim. Beginilah pandangan ibnu hajar utk menyokong pandangan sahih bulkhari oleh iman al bulkhari yang menyusun dalam sahih nya.




Kisah ini sebenarnya adalah ingin menonjolkan seorang pemimpin hebat yang luar biasa dan telah melaksanakan tangungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kualiti akhlak yang luhur boleh kita dalam ayat ke-95 yang mana zulkarnain menolak segala ganjaran yang ingin diberikan oleh sesuatu kaum dan menegaskan bahawa pemberiaan daripada Tuhan mu lebih baik daripada ganjaranmu.
Dalam konteks islam kisah zulkarnain adalah untuk menunjukan kualiti seorang peminpin, nilai yg pada zulkarnain adalah pada akidah, cara melihat dan berfikir dan cara sistem nilai …


Oleh
Mohd rizuwan bin yaacob
m_wan88@yahoo.com

ADVERTISEMENT
SKR

About SKR

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :