Saturday, December 18, 2010

SKR

Cabaran Dakwah - Kelab Saudara Kita (KSK)



Perubahan landskap politik yang menyaksikan beberapa peristiwa yang menggegarkan seluruh negara berlaku dengan begitu banyak dan mendadak menampakkan bibik-bibik transformasi di dalam masayarakat Malaysia. Perubahan ini melibatkan semua kaum dan agama serta menyentuh pelbagai isu secara terbuka. Namun, kematangan masyarakat dalam berfikir dan menilai sesuatu isu menjadikan mereka tidak mudah melatah dan terpengaruh dengan agenda yang dimainkan oleh sesuatu pihak mahupun media. Keterbuakaan ini adalah satu peluang yang begitu cerah kepada para dai’ dalam menjalankan gerakan dakwah dengan lebih meluas dan terbuka. Namun ianya juga satu ancaman yang cukup besar apabila ada suara-suara daripada pendokong agama lain yang cuba campur tangan di dalah hal ehwal Islam dengan menggunakan tiket keadilan rakyat & kebebasan hak bersuara.

Peluang dan ancaman inilah yang sepatutnya berlegar di dalam benak pemikiran para dai’ terutamanya ahli jemaah sekalian. Bagaimana mengajak orang untuk memeluk Islam di tengah kekalutan dan kecelaruan ideologi? Tidak lain dan ridak bukan adalah dengan persedian fikrah, ilmu serta kemahiran yang cukup meluas. Kejahilan umat Islam selama ini telah menjadi penghalang utama buat sekian lamanya penolakan non muslim kepada Islam. Inilah tembok yang mesti dipecahkan sebelum kita mampu mengembangkan Islam dengan lebih luas demi menyelamatkan umat manusia dari jurang api neraka.



Setelah hampir setahun kepimpinan yang lepas, beberapa perkara boleh dirumuskan berkenaan dakwah antaranya ialah jelas boleh dikatakan ahli jemaah pada hari ini memandang entem dakwah kepada non muslim. Ini boleh dilihat melalui beberapa sudut terutamanya tentang lemahnya para ahli berkenaan Ilmu Islam itu sendiri, apatah lagi berkenaan lmu perbandingan agama. Marilah kita sama-sama muhasabah dalam diri kita sendiri, mampukah sebenarnya kita menjelaskan dengan baik apakah beza antara agama Islam dengan agama lain. Ya, pastinya semua yana ada pada hari ini mampu bercakap bengan baik di dalam usrah dan di dalam kuliah yang dihadiri oleh muslim, namun mampukah sahabat-sahabat memberikan kefahaman kepada seorang non-muslim tentang Islam? Mampukah sahabat-sahabat menceritakan di manakah titik perbezaan antara Islam dan juga agama lain tanpa menyinggung perasaan mereka sekaligus menarik mereka kepada Islam?

Inilah yang jemaah ingin lahirkan di kalangan ahli di masa akan datang. Transformasi pemikiran dan sosio politik yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini amat menuntut para ahli gerakan untuk mempersiapkan diri bukan hanya dengan Ilmu Islam semata-mata tetapi juga dengan ilmu perbandingan agama dan dakwah kepada non muslim. Saya cukup optimis untuk kita sama-sama mewajibkan diri mempunyai mad’u dari kalangan non muslim dan di sana kita akan lihat sememangnya selama ini mereka menunggu-nunggu orang yang akan mengajak mereka kepada kebenaran. Namun jika sebaliknya berlaku maka tunggulah tuntutan mereka ini di akhirat nanti yang pasti akan menyalahkan dengan berkata “kamulah yang bertanggungjawab untuk mengajak kami kepada Islam, jadi kamu pada hari ini mesti bertanggungjawab terhadap kami yang dimasukkan ke dalam neraka ini”.

Jadi, ayuh kita gerakkan dakwah dalam memenuhi tuntutan Islam.

ADVERTISEMENT
SKR

About SKR

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :