Sunday, January 30, 2011

SKR

Pelajar Malaysia Di Kaherah Ambil Inisiatif Sendiri Jaga Keselamatan


Meskipun keadaan beransur reda, para pelajar Malaysia di Kaherah, Mesir mengambil inisiatif sendiri menjaga keselamatan di kawasan kejiranan bagi mengelakkan jenayah jalanan terutamanya kecurian.

Seorang pelajar jurusan perubatan Universiti Kaherah, Muhammad Nasrullah Abdul Kadir, 23, berkata para pelajar dan penduduk tempatan sama-sama berkawal terutama di waktu malam memandangkan tiada lagi polis yang berkawal di jalanan.

"Hanya ada tentera saja (berkawal) lepas rusuhan berakhir Jumaat lepas. Tapi tak di semua kawasan, hanya di tempat-tempat strategik. Maka kami perlu mengambil langkah-langkah keselamatan sendiri," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata perintah berkurung, pemotongan talian telefon serta internet yang dikuatkuasakan kerajaan Mesir sejak Khamis telah mengakibatkan mereka tidak dapat mengetahui situasi sebenar yang berlaku di luar sana.

"Kalau nak tahu apa-apa berita kena tengok televisyen atau radio. Tapi bukan semua pelajar ada televisyen, radio pun sama. Kami bergantung sepenuhnya pada internet. Sampai pagi ni belum ada sambungan. Cuma talian telefon saja telahpulih tengah hari semalam," jelasnya.

Sejak Selasa lepas beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku dibandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.

Hampir 100 nyawa terkorban dan lebih 1,000 lagi cedera dalam demonstrasi tersebut. Lebih 1,000 penunjuk perasaan pula telah ditahan polis.

Ketika dihubungi, Muhammad Nasrullah sedang dalam perjalanan ke lapanganterbang bersama-sama seorang rakan untuk menyambut ketibaan seorang kenalanmereka.

"Bayangkan rakan kami tu dah sampai pukul 3 pagi tadi, tapi kami tak boleh keluar. Dalam pukul 9, bila kami rasa keadaan dah agak selamat baru kami keluar," katanya.

Para pelajar di seluruh Mesir kini sedang bercuti selama dua minggu bermula Jumaat lepas sempena musim sejuk.

Berkongsi pengalamannya sewaktu demonstrasi berlangsung, Muhammad Nasrullah berkata pada satu ketika ia berlarutan sehingga terlalu hampir kawasan kediamannya dan rakan-rakan.

"Kami dapat lihat sendiri protes yang dilakukan. Tapi tidak ada seorang pun pelajar Malaysia yang terlibat. Kami hanya melihat dari dalam rumah," katanya yang menetap kira-kira 10 kilometer dari Midan Tahrir, tempat berlakunya demostrasi di Kaherah.

Rakan Muhammad Nasrullah, Natrah Ahmad Kamil, 23, turut berkongsipandangan yang sama mengenai komunikasi terhad akibat pemotongan talian telefondan internet oleh kerajaan Mesir.

Katanya, sejak sebelum berlaku rusuhan lagi pihak Kedutaan Besar Malaysiatelah mengeluarkan pekeliling yang meminta para pelajar tidak meninggalkan kediaman masing-masing.

"Kami langsung tak keluar rumah, jadi tak nampak sangat situasi semasa.Talian telefon pun sekejap ada sekejap tak ada. Nak buat panggilan keluar memang susah, nak hantar khidmat pesanan ringkat (sms) memang tak boleh langsung,"katanya yang juga merupakan Timbalan Presiden II Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir.

Beliau berkata pada hari pertama perintah berkurung dikuatkuasakan, ia hanyabermula pada pukul 6 petang hingga 7 pagi, namun telah dipanjangkan padahari kedua, iaitu bermula pukul 4 petang hingga 8 malam.

Katanya lagi, pihak kedutaan telah mengingatkan para pelajar agar berkumpul di Malaysian Hall sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini.

Sementara itu, usaha menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sejak beberapa jam lepas bagi mendapatkan maklumat rasmi tentang keadaan di sana juga menemui jalan buntu.

Panggilan yang dibuat langsung tidak dijawab, talian sibuk malah adaketikanya talian tidak dapat ditembusi langsung kerana 'tiada dalamperkhidmatan'.

Seorang penuntut dari Universiti Al-Azhar yang enggan namanya disiarkanberkata Persatuan Pelajar Malaysia juga telah mengambil langkah awal sebelumprotes bermula dengan mengarahkan semua penuntut Malaysia agar lebih berhati-hati serta tidak menggalakkan mereka keluar dari kediaman masing-masing.

"Mereka telah menjangkakan keadaan itu (protes) akan berlaku. Jadi kebanyakan penuntut diarahkan agar tinggal beramai-ramai di rumah anak negerimasing-masing," katanya.

Protes yang pertama kali kritikal sejak tujuh tahun beliau di sana,kemungkinan akan menyebabkan kesukaran untuk penuntut Malaysia mendapatkan makanan memandangkan kebanyakan kedai ditutup, katanya.

Beliau berkata keadaan sebenarnya masih lagi terkawal dan kedutaan jugamasih belum lagi membuat apa-apa keputusan yang serius. "Kami di sini masih lagi menunggu tindakan lanjut yang harus diambil, tapi setakat sekarang tiada apa-apa lagi dari kedutaan," katanya yang menetap di Nasr City, kira-kira 15 kilometer dari Midan Tahrir.

Bagaimanapun, Muhammad Nasrullah dan Natrah berkata setakat ini bekalan makanan masih mencukupi kerana mereka telah membuat persediaan awal serta kedai-kedai tidak ditutup sepenuhnya.

"Warga Arab juga sudah mula berebut (mendapatkan bekalan makanan). So far masih mencukupi tapi kalau perintah berkurung dilanjutkan tak tahulah macammana," kata Natrah.

- bernama, Kuala Lumpur, 29 January 2011

ADVERTISEMENT
SKR

About SKR

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :