Isu video seks semakin hangat dan meletop-letop sejak dari mula ia ditayangkan sehinggalah kepada penyebarannya di internet melalui Youtube dan facebook. Gejala meraih sokongan rakyat dengan video seks sudah menjadi trend gerombolan songkok tinggi meskipun mereka menafikan bahawa mereka terlibat.
Hari ini Persatuan Ulama Malaysia mengecam gerombolan songkok songkok tinggi dan media-media arus perdana yang menggunakan video seks sebagai taktik untuk meraih sokongan rakyat Malaysia kepada Barisan nasional terutama menjelang pilihanraya negeri Sarawak. Malah Persatuan Ulama Malaysia akan meminta campur tangan Majlis Raja-raja untuk mengekang trend politik lucah ini [Msian Insider].
Adakah gerombolan songkok tinggi akan menerima nasihat daripada Persatuan Ulama Malaysia? Adakah gerombolan songkok tinggi akan menerima nasihat Majlis Raja-raja apabila Sultan, Raja, Permaisuri dan kaum kerabat diraja campur tangan nanti? Kata Ulama pun mereka tak mahu dengar, apatah lagi kata raja-raja.
Berbuih-buih mulut mufti, ustaz-ustaz, ulama-ulama, persatuan ulama semua cendekiawan Islam memberi nasihat tentang video lucah, kalau dah namanya gerombolan songkok tinggi, tunggulah sampai kucing bertanduk... Harap songkok je tinggi...
Hidup UMNO! Hidup Barisan Nasional! Hidup Politik Lucah!
source: http://milosuam.blogspot.com/2011/04/apa-kata-persatuan-ulama-malaysia.html#ixzz1Ie76tLey
Kerajaan dan Sekolah: Dari Era ‘Laissez Faire’ ke Sentralisasi
-
Pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat dan
memastikan kesinambungan pembangunan sebuah negara. Namun, cara pendidikan
diurus dan d...
15 hours ago