KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menggesa kerajaan menghentikan semua bentuk tekanan terhadap mahasiswa.
Ini, katanya kerana jelas ia merupakan kehendak politik pimpinan Umno yang terdesak.
“Saya
juga mengulangi tekad dan komitmen Pakatan Rakyat untuk memansuhkan
Auku serta memberi penumpuan kepada usaha mengangkat mutu pendidikan
yang berteraskan prinsip kebebasan akademik, pencerahan dan pemerkasaan
intelektual.
“Saya meneliti secara serius perkembangan mutakhir
gerakan kebebasan akademik yang dipimpin oleh kelompok mahasiswa yang
kini berdepan dengan pelbagai tekanan politik Umno,” ujarnya dalam satu
kenyataan.
Tambahnya, tatkala kesedaran menuntut kebebasan di
kalangan mahasiswa mulai berkembang dan matang, pimpinan Umno semakin
gusar dan resah dalam menghadapi asakan itu serta bertindak melulu
dengan menzahirkan ancaman fizikal bersifat biadab dan semberono.
Katanya,
komitmen pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, kononnya mahu meminda
Seksyen 15, Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) dan memberi lebih
kebebasan kepada mahasiswa dalam politik kepartian kini dilihat tidak
lebih sekadar omong kosong.
Menurutnya, perkembangan membabitkan
Adam Adli, mahasiswa dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang
kini berdepan dengan tindakan di bawah Auku sememangnya menzahirkan
ketakutan Umno terhadap gelombang kebangkitan mahasiswa.
Tambah
beliau, tindakan sama turut dilihat dalam beberapa kes terdahulu dengan
tindakan keras oleh pihak universiti termasuk risiko dibuang kampus.
“Insiden
remeh di depan ibu pejabat Umno di PWTC yang dikaitkan dengan tuntutan
mahasiswa tempoh hari diangkat oleh media milik Umno seolah-olah ianya
jenayah besar walhal isu-isu yang berkait dengan fitnah, ugutan bunuh,
jenayah dan rasuah seringkali diketepikan,” ujarnya yang juga Ahli
Parlimen Permatang Pauh.
Beliau berkata, tindakan menghukum
dengan menggunakan peruntukan Auku terhadap mahasiswa selepas insiden
tersebut jelas bertujuan untuk menakut-nakut dan sebagai langkah untuk
mengendurkan semangat serta iltizam mahasiswa.
harakah daily
Kerajaan dan Sekolah: Dari Era ‘Laissez Faire’ ke Sentralisasi
-
Pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat dan
memastikan kesinambungan pembangunan sebuah negara. Namun, cara pendidikan
diurus dan d...
13 hours ago