Tuesday, August 28, 2012

SKR

Pengubahan Wang Haram: Superintenden Polis Dipenjara Dua Tahun, Denda RM1.75 Juta


JOHOR BAHARU, 27 Ogos (Bernama) — Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda berjumlah RM1.75 juta terhadap seorang pegawai polis berpangkat Superintenden kerana terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram antara 2002 dan 2005.

Hakim Salawati Djambari membuat keputusan itu selepas mendapati Azmi Osman, 55, bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM3.8 juta ketika menjadi pegawai di Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Johor.

Beliau menjatuhi hukuman penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu secara serentak.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan pelaksanaan hukuman terhadap Azmi, yang kini digantung tugas, ditangguhkan sementara menunggu rayuan.

Salawaty juga membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM900,000 dengan dua penjamin.

P/s: Polis sekarang ni dah hilang amanah..

Sumber

ADVERTISEMENT
SKR

About SKR

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :