Thursday, August 30, 2012

SKR

[PulakDah] Osama SUDAH MATI Ketika Kami TIBA KE BILIKNYA - Anggota SEAL


Seorang anggota NAVY SEAL (Tentera Laut) yang turut mengambil bahagian dalam operasi serbuan yang mengorbankan Osama Bin Laden telah mendakwa bahawa Osama sudah MATI pada masa mereka sampai ke biliknya.

Sebuah buku yang baru diterbitkan mendakwa Osama Bin Laden tidak bersenjata dan ditembak di kepala ketika ia sedang melihat keluar dari pintu bilik tidurnya.

Kenyataan bekas anggota tentera SEAL ini nyata berbeza dari versi rasmi yang dikeluarkan US yang mengatakan pemimpin Al-Qaeda itu sedang bersenjata.

Sebaliknya, buku baru yang berjudul "NO EASY DAY" berkata Osama Bin Laden ditemui dengan keadaan berlumuran darah dengan peluru di dalam tengkoraknya.

Penulis yang menulis dengan nama samaran Mark Owen, berkata: "Kurang daripada lima langkah untuk kami tiba ke atas dan (ketika itu) saya mendengar bunyi tembakan BOP BOP..

"Daripada kedudukan saya, tidak dapat dinyatakan sama ada tembakan itu mengenai sasaran. Lelaki itu hilang dalam kegelapan bilik."

Menurut penulis, Osama tunduk mengelak kembali semula ke bilik tidurnya sambil diikuti SEAL yang kemudian menemuinya terbaring di atas lantai berlumuran darah dengan lubang (kesan tembakan) yang boleh dilihat di sebelah kanan kepalanya dengan dua orang wanita meraung sekeliling tubuhnya.

Owen berkata dua wanita itu ditarik dan diletakkan di suatu sudut sementara anggota SEAL yang lain mengarahkan laser senjata ke dadanya sebelum melepaskan beberapa das tembakan sehingga dia tidak lagi bergerak.

Mereka kemudian menemui dua senjata di belakang pintu dan tidak disentuh, kata penulis.


Osama Bin Laden tinggal di tempat persembunyian Pakistan

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pegawai pentadbiran US selepas serbuan di Pakistan, anggota SEAL telah menembak Osama bin Laden selepas dia kembali ke bilik tidurnya kerana dia akan mengambil senjata.

Dakwaan lain yang mengejutkan ialah, buku itu mengatakan kerana ruangan yang terhad di dalam helikopter, maka jasad Osama Bin Laden "duduk di atas" salah seorang anggota SEAL.

Jurucakap White House, Tommy Vietor tidak akan mengulas kepada kenyataan versi Owen ini tetapi berkata di dalam e-melnya: "Seperti yang Presiden Obama kata pada malam (kejadian) itu, keadilan telah dibawa kepada Osama bin Laden, 'Kami berterima kasih kepada anggota yang menjalankan operasi ini, kerana mereka menunjukkan contoh keberanian, profesionalisme, semangat patriotisme dan perkhidmatan jasa mereka kepada negara kita yang tidak terhingga. "'

sumber

ADVERTISEMENT
SKR

About SKR

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :