Friday, September 28, 2012

SKR

Budaya politik ganas Umno merebak ke kampus ; SAMM tekad bantu mobilisasi R


KUALA LUMPUR, 25 Sept — Budaya politik ganas yang dibawa oleh Umno kini sudah menjadi ikutan mahasiswa universiti rentetan insiden pengerusi Pro Mahasiswa Nasional Universiti Malaya, Edikoup Lakip Sediyanto dibelasah pagi tadi, kata Badrul Hisham Shaharin (gambar), pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Dalam insiden 4 pagi pagi tadi, Edikoup telah dipukul sekumpulan lima orang samseng ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di Seksyen 17, Petaling Jaya.

“Saya sangat kesal dengan insiden ini.

“Jika kita perhatikan, situasi politik semasa dalam negara akan memberikan refleks kepada mahasiswa umumnya,” kata Badrul yang dikenali sebagai Chegubard.

Badrul juga menyelar budaya politik ganas seperti ini yang dianggapnya mempunyai persamaan dengan insiden membaling kasut ke dalam masjid dan cat yang didakwanya didalangi samseng Umno.

“Bulan lalu rombongan Jelajah Merdeka Rakyat diserang dengan pelbagai bentuk ancaman seperti insiden baling kasut dalam masjid dan menyimbah cat  ke bas. Saya lihat budaya ganas ini menjadi ikutan kini di kalangan mahasiswa,” kata Badrul.

Dalam sidang akhbar sama, Badrul berkata SAMM selaku sekutu Gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) mengumumkan pihaknya bersama 25 NGO lain akan menggerakkan mobalisasi ke seluruh negara bagi memastikan penyertaan besar Konvoi Mega ‘R’ sebagai tanda solidariti kepada tuntutan hak royalti minyak Kelantan.

Badrul juga menegaskan isu tuntutan hak royalti ini bukanlah isu negeri tetapi melibatkan isu pengkhianatan besar negara.

“Ini merupakan satu pengkhianatan kepada negara dan sebagai rakyat Malaysia, semua individu dan NGO wajar memberikan sokongan kepada usaha mengembalikan hak rakyat negeri Kelantan khususnya, dan negara amnya,” katanya lagi.

The Malaysian Insider pada minggu lalu membuat laporan NGO Royalti (R) merancang untuk menyerahkan memorandum tuntutan royalti kepada perdana menteri Najib Razak di Kompleks Jabatan Perdana Menteri 3 Oktober ini.

Pada hari sama, NGO R juga bakal mengadakan satu perhimpunan di Istana Kehakiman Putrajaya di mana perbicaraan kes saman kerajaan Kelantan kepada Petronas akan berlangsung. Pada Ogos lalu, Najib menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas bagi mengkaji isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur.

Najib mendakwa kerajaan Kelantan tidak layak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum kerana pengeluaran petroleum tidak dilakukan dalam kawasan perairan mereka.Najib turut berkata jawatankuasa itu akan membuat kajian menyeluruh dalam tempoh enam bulan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan.

Namun, jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, mendapat kritikan dan dituduh sebagai satu permainan politik kerajaan.
Majlis tersebut akan dihadiri oleh Pimpinan Pakatan Rakyat, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pada 3 Oktober, kepimpinan kerajaan Kelantan akan ke Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman Putrajaya mendengar perbicaraan kes tuntutan royalti Kelantan.

Setakat ini, Gerakan R berjaya mengumpulkan 150,000 tandatangan rakyat Kelantan dan satu memorandum akan diserahkan ke Pejabat Perdana Menteri (JPM) pada 3 Oktober.

sumber: chegubard

ADVERTISEMENT
SKR

About SKR

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :