Thursday, September 27, 2012

SKR

Kajian UM - BN kekal berkuasa,mungkin tawan Kelantan tapi kecundang di Selangor,Kedah dan Penang...


 

Hasil kajian yang didedahkan oleh Universiti Malaya pada hari ini menunjukkan Barisan Nasional (BN) mungkin memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tetapi kajian itu juga menunjukkan semakin ramai orang yakin Pakatan Rakyat (PR) mampu menawan Putrajaya.

Kajian bertajuk “Pola pengundian menjelang PRU Ke-13” itu telah dijalankan antara 1 hingga 16 September, manakala kajian sebelum ini ialah pada Mac lalu.

Kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya UM (UMCEDEL) itu menunjukkan BN akan menang dengan 44 peratus sokongan tetapi angka tersebut dianggap menyusut kerana pada Mac lalu BN memperoleh 49 peratus.

Bagi PR pula, kajian menunjukkan peningkatan daripada hanya 21 peratus pada Mac kepada 30 peratus.

Hasil kajian itu juga memberi petunjuk Selangor dan Kedah mungkin kekal menjadi milik PR, namun sedikit kebimbangan di Kelantan ekoran sedikit kemerosotan sokongan terhadap kerajaan PAS.

Keyakinan kepada kerajaan Pakatan di Selangor juga meningkat dengan ketara daripada 38 peratus kepada 50 peratus manakala untuk BN daripada 28 peratus jatuh kepada 16 peratus.

Situasi sama juga berlaku di Kedah dengan keyakinan kepada PR naik daripada 37 peratus kepada 48 peratus dan kepada BN turun daripada 40 peratus kepada 32 peratus.

Keadaan sedikit membimbangkan di Kelantan apabila keyakinan kepada PR jatuh sedikit dari 44 peratus kepada 41 peratus manakala BN naik daripada 27 peratus kepada 32 peratus.

Bilangan responden yang terlibat dalam kajian ialah seramai 1536 orang dan dilakukan secara bersemuka dengan melibatkan etnik Melayu, Cina dan India.

Pemilihan responden dipilih secara rawak dengan soalan kaji selidik berstruktur.

Turut menjadi perhatian dalam kajian kali ini ialah harapan rakyat amat tinggi agar berlaku perdebatan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebanyak 72 peratus berharap ianya diadakan manakala hanya 17 peratus tidak bersetuju dan 11 peratus tidak pasti.

Selain itu, kajian turut menunjukkan populariti Najib semakin menurun dari 61 peratus pada bulan Mac lalu kepada 58 peratus pada September 2012 ini.- malaysian insider

ADVERTISEMENT
SKR

About SKR

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :