Berita Terbaru :

Jom Baca!!!

Followers

Ayyuha al-Syabab


"Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin.

Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.

Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi"

-hassan al-banna-

Wednesday, September 26, 2012

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ MENZIARAHI JENAZAH WANITA CINA

‎23 September 2012 : YAB Tuan Guru meluangkan masa menziarahi kematian ibu kepada Tan Choon Hwa, pengerusi TCH Group di Kota Bharu pagi tadi. Penghormatan diberikan kepada seorang ulamak Islam apabila seorang anak muda Cina beragama Kristian mencium tangan TGNA tatkala menyambut ketibaannya di Christian Presbetyrian Memorial Centre di Kota Bharu. 
Nampaknya orang bukan Islam tahu untuk menghormati ulamak berbanding dengan sesetengah umat Islam sendiri yang mencaci dan menghina beliau sepertimana kes yang didedahkan sebelum ini dimana seorang yang beragama Islam tergamak untuk menghina TGNA dengan meletakkan gambar haiwan bersebelahan dengan TGNA. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan -
 TGNA tetap dihormati oleh sekalian rakyat berbilang bangsa dan agama sekalipun dibenci oleh orang yang "ingkar".


Source: http://greenboc.blogspot.com/2012/09/gambar-menusuk-kalbu.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Pakatan Rakyat 2

Popular Posts

Mutiara Kata

"...... makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu"

Khalifah Umar bin Khatab

Alexa Internet

There was an error in this gadget

Blog Archive