Wednesday, March 20, 2013

SKR

Ribuan rakyat Terengganu bantah tarik balik saman Petronas


(Antara rakyat Terengganu yang berarak ke pejabat Ahmad Said di Wisma Darul Iman hari ini - Gambar Yahya Ali)


KUALA TERENGGANU: Ribuan rakyat Terengganu hari ini turun bagi membuat bantahan terhadap tindakan kerajaan negeri menarik balik saman terhadap Petronas berkaitan royalti minyak negeri itu.


Mereka berarak kira-kira setengah kilometer dari perkarangan Ibu Pejabat Polis Terengganu hinggalah ke perkarangan Wisma Darul Iman.


Perarakan ini dibuat sempena genap setahun Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad said menarik balik saman yang dikemukakan oleh kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang terhadap Petronas dan Kerajaan Pusat dahulu.


20 Mac 2012 lalu, Ahmad Said mengumumkan kerajaan negeri Terengganu menarik balik saman ke atas Petronas dan Kerajaan Pusat yang dikemukakan kerajaan negeri sebelum itu.


Kerajaan Pusat pimpinan Tun Dr Mahathir telah memansuhkan royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu.


Ia digantikan dengan wang ehsan dari kerajaan Pusat kepada Terengganu yang tidak lagi disalurkan kepada kerajaan negeri tetapi Umno atau pihak-pihak yang dikehendaki olehnya.


Ekoran itu, hari ini kumpulan yang menuntut royalti untuk Terengganu, 'R' mengadakan perhimpunan dan menyerahkan memorandum kepada Ahmad Said.


Perhimpunan ini dipimpin oleh Bapa Saudara kepada Sultan Terengganu, Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ismail. HD

ADVERTISEMENT
SKR

About SKR

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :