Berita Terbaru :

Jom Baca!!!

Followers

Ayyuha al-Syabab


"Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin.

Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.

Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi"

-hassan al-banna-

Tuesday, June 11, 2013

Janji Di Capati: Harga kereta turun 20-30%?

Menurunkan kadar cukai eksais bermakna 'membunuh itik angsa yang mengeluarkan telur emas,' kata Dr Rosli Yaakop. 


PETALING JAYA: Seorang pakar ekonomi tidak yakin kerajaan dapat mengurangkan harga kereta sebanyak 20-30% secara berperingkat-peringkat sehingga tahun 2017.

Dr Rosli Yaakop dalam laman sosialnya hari ini berkata, dalam Manifesto Pilihan Raya Umum ke 13, Umno-Barisan Nasional (BN) berjanji kepada rakyat Malaysia untuk menurunkan harga kereta sebanyak 20-30% dalam tempoh lima tahun.

“Manakala manifesto Pakatan Rakyat, yang diumumkan lebih awal juga menjanjikan perkara yang sama,” kata beliau yang juga bekas Timbalan Gabenor Bank Negara. Namun jalan yang dipilih oleh Pakatan ialah dengan menurunkan cukai eksais ke atas kereta.

Tetapi Umno-BN masih belum menunjukkan jalan bagi menurunkan harga kereta kerana cukai eksais ke atas kereta menghasilkan RM7 bilon pungutan cukai. Menurunkan kadar cukai eksais bermakna ‘membunuh itik angsa yang mengeluarkan telur emas,’ katanya.

Menurutnya, walaupun harga kereta ditentukan oleh kuasa penawaran dan permintaan, kos pengeluaran dan mark-up keuntungan, yang ketara di Malaysia ialah kadar cukai yang tinggi dan cara pengiraan cukai yang membawa kepada kesan “cukai atas cukai” adalah komponen utama harga kenderaan di Malaysia.

“Kecuali sesuatu dilakukan ke atas struktur cukai berkenaan, khasnya dalam keadaan kos pengeluaran yang terus meningkat, sukar untuk harga kereta diturunkan sebanyak 20-30% sebagaimana yang dijanjikan,” katanya.

Semalam, akhbar Utusan Malaysia menyiarkan berita di muka hadapan bertajuk “10 model kereta turun harga: Penurunan pertama secara berperingkat hingga 2017″.
Akhbar itu melaporkan bahawa kerajaan memenuhi janjinya untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat apabila lima syarikat pengeluar kenderaan telah mengumumkan penurunan harga 10 model kereta keluaran mereka.

Penurunan antara RM449 hingga RM12,775 (0.7 hingga 11 peratus) dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini membabitkan model kereta keluaran Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda.

Dasar fiskal 

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed juga mengakui bahawa agak sukar untuk kerajaan mengorbankan pendapatan sebanyak RM7 bilion hasil dari cukai kereta ketika negara sedang berusaha untuk mengukuhkan dasar fiskal.

“Tidak mudah untuk mana-mana kerajaan untuk berpisah dengan RM7 bilion, terutama pada ketika kerajaan komited untuk mengurangkan defisit belanjawan,” katanya ketika diwawancara The Edge keluaran terbaru.
Beliau berkata kerajaan bercadang untuk mengurangkan defisit belanjawan kepada 4 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini dari 4.5 peratus tahun 2012.

Menurut Dr Rosli, adalah lebih baik lagi bila penurunan cukai dipakej dengan langkah-langkah seperti menangani isu AP, pembaikan sistem pengangkutan awam, pembaikan dalam kawalan dan penyuraian trafik dan sebagainya.

“Cukai ke atas import kereta mewah boleh dikekalkan tinggi tetapi jenis kereta yang rakyat terbanyak mahu beli dan guna biarlah harganya cukup rendah,” katanya.

Sumber Rakyat Marhean

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Pakatan Rakyat 2

Popular Posts

Mutiara Kata

"...... makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu"

Khalifah Umar bin Khatab

Alexa Internet

There was an error in this gadget