Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.
Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu
bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg
kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah
ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni.
Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan
kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat
juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan
kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk
menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi.
Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada
tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah
perigi.
Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si
hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil
berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner
nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!...
Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu?
Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga.
lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya.
Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan
keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi,
naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas
tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh...
cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik
mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun
gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni...
habislah jadi mangsa buaya .
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas
makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek
buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak
selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu.
.. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke
langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh
dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat
sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu
ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap
ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang
menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah
Kalau semua nak tahu ...
Si
Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut
kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.
2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita..
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.
Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu.
Macam
kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la
nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..Sama2 lah kita muhasabah diri msing2
sblum trlambat..
SUMBER
Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UK
-
Jika anak anda belajar di universiti di Amerika Syarikat ataupun di United
Kingdom ataupun mungkin di negara-negara lain dan anak anda terlibat dengan
prot...
6 months ago