Menurut jurugambar tentera AS, Ronald L. Haeberle
yang mengikuti misi tentera AS menghapuskan anggota Vietcong di Kampung
My Lai, Vietnam, wanita dan kanak-kanak yang terpancar di wajah mereka
rasa takut yang teramat sangat ini ditembak mati tanpa perikemanusiaan
sejurus gambar tersebut dirakam. Tembakan bertubi-tubi itu membunuh
kesemua wanita dan kanak-kanak yang tidak berdaya itu.
Itulah antara kekejaman tentera
AS yang sebelum ini cuba ditutup, namun terbongkar dan dikecam oleh
pelbagai pihak di seluruh dunia. Dalam peristiwa pembunuhan
beramai-ramai itu, dianggarkan lebih 500 penduduk kampung yang
kebanyakannya orang tua, wanita, kanak-kanak, dan bayi dibunuh dengan
kejam oleh tentera AS daripada Kompeni Charlie Batalion Pertama Regimen
Infantri Ke-20 dan Briged ke-11 tentera AS.
Menurut saksi kejadian, ada
penduduk kampung yang didera secara seksual dan dicederakan dengan
senjata tajam sebelum ditembak mati. Wanita, kanak-kanak, dan orang tua
yang tinggal nyawa-nyawa ikan ditembak berkali-kali bagi memastikan
mereka benar-benar mati. Mayat-mayat penduduk kemudiannya dibakar untuk
melupuskan bukti kekejaman tentera AS.
Menurut Wiki, pada malam sebelum serangan itu, Kapten Ernest Medina memberitahu pasukannya bahawa penduduk Kampung My Lai akan meninggalkan rumah untuk ke pasar pada pukul 7:00 pagi. Mana-mana penduduk yang masih tinggal di rumah adalah ahli Vietcong atau orang yang bersimpati kepada Vietcong. Ketika sesi taklimat itu, ada yang bertanya sama ada perintah itu termasuk membunuh wanita dan kanak-kanak. Mereka yang hadir kemudian memberikan pengakuan yang berbeza-beza tentang respons Medina. Biar apa pun lebih 500 penduduk yang tidak berdosa mati dibunuh tentera AS yang diketuai oleh Leftenan William Calley pada pagi 16 Mac 1968.
Setelah
menerima kecaman yang hebat dari serata dunia, AS mengambil keputusan
untuk menyiasat kes ini. Hasilnya, 26 orang tentera AS disiasat atas
kesalahan jenayah yang dilakukan oleh mereka di My Lai. Namun hanya
Leftenan William Calley, ketua platun dalam Kompeni Charlie, telah
disabitkan bersalah. Dia yang didapati
bersalah membunuh 22 penduduk kampung telah dikenakan hukuman penjara
seumur hidup. Yang amat mengejutkan apabila hukuman tersebut telah
diringankan dan ketua pasukan pembunuh ini hanya menjalani tahanan rumah
selama 3 tahun setengah. Puluhan askar dan pegawai tertinggi yang turut
terlibat tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang. - DCM
Lebih
40 tahun selepas pembunuhan kejam di My Lai, William Calley yang telah
disabitkan bersalah kerana peranannya dalam pembunuhan itu telah
memohon maaf secara terbuka. Semasa
memperkatakan kejadian itu, selain memohon maaf dan menyatakan rasa
kesalnya, Calley mendakwa tindakannya pada waktu itu berdasarkan arahan
yang telah diberikan kepadanya.
Hari ini AS masih membunuh orang yang tidak berdosa di Afghanistan, di Iraq...di....
Celaka Amerika Syarikat!