Tuesday, March 20, 2012

SKR

Tarik pinjaman pelajar: SMM rancang turun ke jalanan


Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tidak menolak akan turun ke jalanan bagi membantah tindakan kerajaan negeri Terengganu yang menarik balik pemberian pinjaman kepada enam anak negeri itu yang belajar di Mesir selepas didapati terlibat dalam perhimpunan di ibu negara tahun lalu.

Menurut pengerusinya, Ahmad Syukri Ab Razab tindakan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said itu adalah bercanggah dengan prinsip hak asasi yang menjadi teras dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Selain bercanggah dengan prinsip Hak Asasi, sikap yang diambil oleh kerajaan negeri Terengganu ini juga dilihat mengetepikan toleransi sesebuah kerajaan negeri terhadap mahasiswa.

“Tindakan membatalkan pinjaman merupakan hukuman yang sangat menganiaya mahasiswa apatah lagi mahasiswa yang menuntut di luar negara.

“Hukuman ini sudah semestinya merencatkan kos sara hidup dan sudah pasti akan menganggu proses penganjian mahasiswa yang terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Ahmad Said (kanan) berkata, tindakan menarik balik pinjaman itu dibuat selepas kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan penjelasan pelajar terbabit ketika menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan.

"Kita biayai mereka untuk pergi belajar, bukannya untuk terlibat dengan demonstrasi atau perkara yang tidak diingini," katanya.

Keenam-enam pelajar berkenaan didapati terbabit dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu dan perhimpunan membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) awal tahun ini.

Ketinggalan zaman

Menurut Ahmad Said, beliau berharap tindakan itu akan menjadi pengajaran kepada pelajar lain agar tidak terbabit dengan kegiatan tidak sepatutnya.

Walau bagaimanapun Ahmad Syukri berpendapat kenyataan menteri besar Terengganu itu sebagai sikap ketinggalan zaman dan juga memperlihatkan kaedah pemerintahan kerajaan negeri Terengganu yang terlalu sempit dan tertutup.

“Datuk Seri Ahmad Said perlu sedar bahawa sistem hukuman yang melampaui hak asasi ini semakin ditolak masyarakat.

“Ini dibuktikan apabila Perdana Menteri Malaysia juga sejak akhir-akhir ini telah membuat keputusan untuk memansuhkan beberapa akta rimba seperti pemansuhan ISA dan pindaan AUKU.

“Sesebuah kerajaan sama ada di peringkat pusat ataupun negeri seharusnya bersifat lebih terbuka dalam melayani hak demokrasi yang dimiliki setiap rakyat. Hal ini penting bagi membolehkan sesebuah kerajaan berkembang dengan lebih pesat apabila setiap rakyat dibenarkan untuk bersuara dan mengkritik tanpa intimidasi daripada pihak pemerintah.

Sambil meminta menteri besar Umno itu, bertindak lebih profesional, SMM juga menuntut Ahmad Said memisahkan sentimen politik dan seterusnya membuat keputusan yang lebih adil.

“Sekiranya sifat ketinggalan zaman ini dikekalkan, maka tidak keterlaluan sekiranya mahasiswa sifatkan bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Ahmad Said akan ditolak rakyat dalam pilihan raya yang akan datang.

“SMM juga tidak akan teragak-agak untuk melancarkan protes terhadap terhadap Kerajaan negeri Terengganu sekiranya Datuk Seri Ahmad Said tetap berkeras dengan hukuman yang telah dikenakan,” katanya mengakhiri kenyataan media itu. - Malaysiakini

* Tindakan Ahmad Said dilihat seperti mengishtihar 'perang' terhadap mahasiswa...

ADVERTISEMENT
SKR

About SKR

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :