Cochineal adalah bahan pewarna yang diambil daripada sejenis serangga kecil.
Selain daripada digunakan dalam pembuatan bahan makanan, cochineal juga digunakan untuk pembuatan produk ubat-ubatan dan kosmetik.
Di kalangan ahli fikah, penggunaan serangga sebagai bahan pewarna ada yang membolehkan tetapi ada pula yang mengharamkan.
Dalam hal ini, muzakarah telah bersetuju dan meluluskan penggunaan pewarna (cochineal) dalam makanan berasaskan kepada ukuran piawaian yang telah ditetapkan, tidak melebihi dari 0.003% - 0.006% dan berdasarkan hujah-hujah berikut:
Serangga (cochineal) |
1. Cochineal ialah bahan pewarna yang diambil daripada sejenis serangga kecil. Serangga ini direbus (menghasilkan warna merah perang) atau dipanggang dalam ketuhar panas (menghasilkan warna kelabu) atau atas kuali panas (menghasilkan warna hitam) dan kemudian dikeringkan. Lima (5) kilogram serangga cochineal dapat menghasilkan satu (1) kilogram pewarna carmine.
2. Cochineal berasal dari Amerika Tengah dan Mexico. Penggunaannya dalam makanan setelah diposterurkan amat sedikit iaitu dengan kadar 0.003% - 0.006%.
Proses mengisar |
3. Penggunaan cochineal didapati boleh membunuh mikrob-mikrob yang beracun dan ia tidak merbahaya kepada manusia dan juga tidak memberi kesan sampingan.
4. Mengikut pandangan Imam Malik dan Abu Hanifah, penggunaan serangga ini adalah dibolehkan memandangkan ia merupakan jenis binatang yang darahnya tidak mengalir.
5. Penggunaan serangga ini sebagai sumber bahan pewarna tidak mendatangkan bahaya kepada manusia dan ia tidak mempunyai bahan yang boleh memudaratkan.
Pewarna cochineal |
Berdasarkan kaedah asal di dalam hukum Islam di mana 'Asal setiap sesuatu itu adalah harus', maka ia boleh digunakan selagi mana tidak mendatangkan mudarat dan dikawal.
(Fatwa ini diputuskan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995)
sumber: Suasana Politik Malaysia