Rasanya agak terlewat untuk menulis mengenai topik ini tetapi sebagai seorang rakyat Malaysia dan pembayar cukai, saya masih berhak untuk mengajukan soalan kepada Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Unit Perancang Ekonomi, PEMANDU dan semua konsultan yang menasihatkan kerajaan untuk ‘merasionalisasi’ atau ‘menyelaraskan’ subsidi petrol dengan menaikkan harga sebanyak 20 sen.
Saya hanya ingin tahu bagaimanakah subsidi dibayar kepada pengeluar/pengimport minyak petrol dan keperluan asas lain seperti beras, gula, tepung dan minyak masak di negara ini. Saya berharap akan mendapat penjelasan yang memuaskan kepada soalan berikut:
1. Siapa dalam kerajaan/kementerian/agensi yang menentukan berapa banyak harus dibayar?
2. Siapa dalam kerajaan/kementerian/agensi yang membuat bayaran?
3. Kepada siapa subsidi dibayar? Berapa banyak pengeluar/pengimport yang dibayar?
4. Berapa jumlah bayaran kepada setiap pengeluar? Adakah pengeluar petrol/pengimport menginvois kerajaan untuk menuntut pembayaran daripada kerajaan?
5. Berapa kali bayaran dibuat setahun?
6. Apakah bentuk bayaran kepada mereka – adakah wang tunai dibayar kepada pengeluar/pengimport, atau mereka diberikan rebat, pijaman atau pelepasan cukai, atau dalam bentuk lain?
7. Apakah asas kepada pemberian subsidi – adakah melaui perjanjian bertulis antara kerajaan dan pengeluar/pengimport?
8. Mengapa subsidi petrol sentiasa bertambah walaupun harga minyak turun di pasaran dunia?
9. Adakah subsidi terpaksa diberikan kerana kegagalan kerajaan menghapuskan monopoli yang dimiliki segelintir kroni terutama dalam import gula dan beras?
10. Bagaimana wang hasil penjimatan subsidi dibelanjakan selain daripada memberi BR1M? (Masih segar di ingatan saya ketika mantan PM Abdullah Badawi menaikkan harga minyak di awal pemerintahannya dahulu, alasannya kononnya penjimatan subsidi akan digunakan untuk menaiktaraf pengangkutan awam di KL. Sembilan tahun kemudian dan pengangkutan awam di KL masih di takuk lama, malah lebih buruk lagi.)
Soalan saya mungkin kedengaran ‘bodoh’ di mata Nazri Aziz tetapi sebagai seorang yang tiada pendidikan formal dalam bidang ekonomi dan hanya berdasarkan pembacaan, saya benar-benar ingin memahami mekanisme subsidi yang diamalkan kerajaan selama ini.
Soalan ‘bodoh’ di atas saya lontarkan kerana kerajaan tidak pernah berusaha untuk memberi penjelasan terperinci tentang subsidi petrol mahupun keperluan asas lain kepada rakyat terbanyak. Jika ada pun, kebanyakannya dalam bahasa ‘konsultan’ yang canggih dan tidak difahami oleh rakyat kebanyakan. Nampaknya seperti kerajaan mahu mengaburi mata rakyat dengan penggunaan istilah ‘subsidi’ dan istilah ekonomi yang sukar difahami sebagai justifikasi kenaikan harga minyak baru-baru ini.
Kami rakyat tidak pernah mendapat penjelasan yang memuaskan dalam bahasa yang mudah difahami tentang keberkesanan subsidi dan signifikan kenaikan harga minyak dalam menstabilkan ekonomi negara. Yang kami tahu, kami rakyat kebanyakan tidak punya pilihan tetapi terpaksa menampung kos sara hidup yang melambung akibat ‘perasionalan’ subsidi ini. Menteri pula dengan angkuh dan tanpa segan silu mengisytiharkan bahawa tiada kenaikan harga barang akan berlaku kesan kenaikan harga minyak.
Jika kerajaan benar-benar jujur untuk memperbaiki asas ekonomi negara dan mengurangkan kebergantungan kepada subsidi, mulakan dengan memberi penjelasan munasabah kepada rakyat mengapa mereka yang rata-rata berpendapatan rendah terlebih dahulu menerima tempias dan tamparan dek ‘perasionalan subsidi’ (baca kenaikan harga minyak). Bukannya memberikan alasan dangkal bahawa kenaikan ini akan ditampung oleh BR1M.
Rakyat Marhean