Tuesday, June 17, 2008

SKR

Isu baju kurung seragam sekolah berwarna putih

Isu pemakaian baju kurung berwarna putih sedang hangat diperbincangkan sejak akhir-akhir ini. Saranan penukaran pemakaian baju kurung seragam sekolah yang berwarna putih kepada pemakian yang lebih berwarna telah dikemukakan oleh persatuan kebangsaan pelajar islam Malaysia telah menimbulkan pelbagai persepsi pelbagai pihak. Baru-baru ini kenyataan yang dikeluarkan oleh pertubuhan Jamaah Islah Malaysia untuk tidak setuju baju pelajar perempuan ditukar dengan alasan ia boleh mengundang ganguan dan jenayah seks. Menurut ketua wanita pertubuhan Jemaah Islah Malaysia iaitu Dr Halina Halizah Siraj, pemakaian baju kurung seragam sekolah berwarna putih telah sekian lama dipakai tanpa menimbulkan sebarang masalah dan menurut beliau masalah sosial dan gejala seksual yang melanda hebat di Negara ini di kalangan pelajar-pelajar sekolah adalah berpunca dari krisis nilai, hakisan pegangan agama dan moral yang sedang hebat meruncing ini.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia mengenai pemakaian baju kurung ini adalah keadaan baju kurung pada masa sekarang ini agak jarang dan tipis sehingga menampakan pemakaian dalam atau agak ‘transparent’. Bagi pendapat saya sendiri kenyataan yang dikeluarkan oleh JIM untuk tidak menyokong penukaran baju kurung seragam sekolah yang berwarna putih kepada kepada baju berwarna gelap seperti yang dikemukan oleh persatuan kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) adalah sama sekali tidak berasas. Sepatutnya perkara kecil inilah yang harus diambil kira jika dibandingkan dengan krisis nilai,pegangan agama dan moral yang menjadi punca utama kepada berbendongnya kepada masalah ini. Jika perkara kecil sebegini kita tidak boleh mengubahnya macam mana kita nak berhadapan masalah besar yang menjadi punca utama kepada masalah ini. Tambahan lagi kenyataan yang dikemukan oleh pihak PKPIM boleh diterima pakai memandangkan krisis sosial yang melanda Negara ini amat meruncing sekali, pada masa yang sama saya tidak menolak pandangan yang dikemukan oleh Dr Halina Halizah Siraj yang mengatakan bahawa krisis sosial, pegangan agama dan moral yang menjadi duri dalam daging terhadap masyarakat di Malaysia kini.
Pengalaman saya sendiri, apabila melawat sebuah sekolah di daerah Pasir Mas iaitu Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas. Suasana di sekolah tersebut agak berbeza daripada sekolah –sekolah menengah bukan aliran agama kerana semua pelajar perempuan diwajibkan berpakaian dan bertudung labuh. Peraturan ini jugalah yang menjadi kewajipan yang utama kepada pelajar-pelajar perempuan disana untuk terus menimba ilmu tanpa sebarang rungutan yang berlaku. Saranan untuk golongan hawa, semoga hijab menjadi pakaianmu, kesucian menjadi amalanmu, kesopanan menjadi perhiasanmu dan syurga sebagai tempatmu Wallah’ulam..

ADVERTISEMENT
SKR

About SKR

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :