Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan daripada Allah S.W.T untuk menulis dalam laman maya ini. Setelah sekian lama berdiam diri daripada laman maya ini akhirnya tergerak hati ini untuk bersama-sama dengan sahabat blog ini dalam berkongsi dan bertukar pendapat. Alhamdulillah setelah melalui final exam dan berprogram di kampus atau dalam erti kata lain ‘berpencak di pentas kampus’ akhirnya ana dan sahabat-sahabat di kampung akan mengadakan satu program dengan masyarakat kampung. Sebelum ana menceritakan tentang program ini, ana ingin menceritakan kelab rakan mahasiswa kutan (RMK) dibawah naungan Persatuan Kebajikan Mukim Kutan. RMK baru sahaja ditubuhkan iaitu pada bulan oktober tahun lalu melalui majlis Jamuan Hari Raya dan pada masa itu hanyalah dua orang yang berperanan untuk menyumbangkan idea untuk menubuhkan RMK.
Alhamdulillah setelah tujuh bulan kami menubuhkan RMK dengan misi dan visi yang sama dengan penubuhan Peratuan Anak Negeri seperti Markaz Siswazah Kelantan (MSK) yang dianggotai oleh mahasiswa/wi yang menetap di mukim kutan yang belajar segenap universiti di Malaysia. insyAllah program keempat secara rasmi akan buat di sekolah kebangsaan Kutan iaitu kelas tuisyen intensif UPSR 2009 dan program Motivasi pada 6-11 jun 2009. RMK merupakan salah satu wasilah yang diwujudkan adalah untuk memberi kan kesedaran kepada masyarakat kampung tentang kewujudan mahasiswa dan peranannya dikampung, selain membawa kesedaran tentang nilai-nilai agama islam melalui program yang dilakukan. Marilah kita meneliti kembali keadaan masyarakat kampung sekarang amat merunsingkan terutama kepada golongan remaja.
Disinilah mahasiswa/wi berperanan untuk membimbing golongan ini supaya sentiasa pada jalan yang betul disamping memberi motivasi kepada mereka. Golongan ini mudah didekati dengan golongan yang sebaya dengan mereka sahaja dan tidak dinafikan golongan tua atau dewasa adalah sukar untuk mendekati golongan remaja kampung ini. Ingin ana tegaskan bahawa kepada mahasiswa/wi yang berada kampus janganlah sekadar ‘berpencak di kampus’ biarlah berpencak pada realiti sebenar di dunia luar kampus. Realiti sebenar kita adalah berdepan dengan pelbagai peringkat golongan sama ada suka atau tidak kita mesti menghadapinya. Kita sebagai mahasiswa mestilah sentiasa menilai kembali bahawa berapa banyak sumbangan yang ditabur dikampus dan berapa banyak akan ku curahkan pada masyarakat di luar sana kerana disinilah realiti sebenar kita. “ kalau kamu membantu (agama) Allah SWT nescaya Allah SWT membantu (kamu untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. “ [suruh Muhammad : 7] . Semoga Allah SWT meletakkan hati ini pada jalan perjuangan agamaNya dan istiqamah sehingga ke akhir hayat. Wallahu’alam.
Kerajaan dan Sekolah: Dari Era ‘Laissez Faire’ ke Sentralisasi
-
Pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat dan
memastikan kesinambungan pembangunan sebuah negara. Namun, cara pendidikan
diurus dan d...
14 hours ago