Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk mencoret serba sedikit untuk santapan sahabat-sahabat blog. Memandang masa sekarang adalah cuti bagi semua mahasiswa ada juga sahabat-sahabat yang mengisi masa terluang ini dengan bekerja dan tidak kurang jugak dengan menuntut ilmu agama di pondok-pondok yang berdekatan. Alhamdulillah ana meluangkan masa dan ruang yang diberi ini adalah dengan menimba pengalaman sebaik pendidik. Ana diberi amanah unutuk mengajar pelajar-pelajar yang bakal menduduki UPSR pada bulan Sembilan ini. Matlamat utama kelas tersebut diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada semua ahli RMK (Rakan Mahasiswa Kutan ) untuk membina keyakinan apabila berdepan dengan pelbagai peringkat umur sama ada guru ataupun berdepan dengan kalangan pelajar yang mempunyai peringkat pemikiran yang berbeza. Maka disinilah kebijaksanaan setiap Ahli RMK di uji dan diperaktikan secara betul mengikut suasana yang selaras dengan keperluan semasa. Sahabat- sahabat yang dirahmati Allah sekalian, sebagaimana kita memperaktikan diri ini untuk berhadapan pelbagai pihak semasa di kampus samalah ia semasa berhadapan dengan masyarakat diluar tetapi ia memerlukan sedikit kebijaksanaan untuk membawanya mengikut keselarasan itu.
Selain itu, matlamat kami juga adalah untuk menganalisis dan menkaji cara yang terbaik teknik pembelajaran dan pengajaran supaya pelajar-pelajar di sekolah dapat memahami konsep yang sebenarnya dengan mewujudkan satu modul khas di bawah kajian RMK (Rakan Mahasiswa Kutan) supaya ia dapat diterima dan dipakai oleh sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian ilmu. InsyAllah setiap perkara yang direncanakan oleh pihak kami akan selaras dengan perancangan Allah S.W.T. Selain itu, khudwah hasanah atau memberikan teladan yang baik kepada golongan pelajar sekolah rendah ini yang di mainkan oleh setiap ahli RMK adalah amat penting supaya dapat memberikan motivasi dan anjakan paradigma kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki UPSR memandangkan kebejatkan akhlak yang amat merunsingkan semua pihak semakin menjadi-jadi di abad ini. Memandangkan sekarang ini banyak kes-kes yang tidak diingini berlaku di kawasan mukim kutan dan sekaligus memberikan lebih kesedaran kapada pihak kami supaya berperanan dalam menangani gejala ini. Jadi pihak kami mengambil keputusan untuk mendidik dan memberikan pendedahan pelajar-pelajar sekolah kebangsaan kutan secara berperingkat iaitu dari program pertama kem ibadah hinggalah program tuisyen intensif dan motivasi yang akan diadakan pada jumaat yang lalu. insyAllah program seterusnya akan menyusul selepas ini. Wallahu’alam.
Kerajaan dan Sekolah: Dari Era ‘Laissez Faire’ ke Sentralisasi
-
Pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat dan
memastikan kesinambungan pembangunan sebuah negara. Namun, cara pendidikan
diurus dan d...
14 hours ago