Assalamualaikum w..b.t
Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana masih lagi di beri kesempatan dan ruang untuk merencanakan serba sedikit mengenai isu semasa terutamanya mengenai pilihanraya kecil di manek Urai yang bakal berlangsung pada 14/7/09 yang terdekat ini. Perancangan dan strategi masing-masing telah pun diaturkan sama ada daripada pihak PAS atau BN untuk menawan DUN manek Urai. Melalui perangkaan pilihanraya yang lepas pihak PAS telah Berjaya menawan DUN Manek Urai dengan majoriti 1500 undi…adakah pas akan mengekalkan kerusi yang dimenangi itu???.. setelah melalui pelbagai perangkaan yang dibuat kemenangan PAS pada pilihanraya yang lepas adalah daripada pengundi-pengundi daripada Kelantan yang menetap di luar negeri. Macam mana usaha kita untuk menarik pengundi-pengundi luar ini??? Melalui culaan yang telah dibuat di sekitar Selangor dan kuala lumpur terhadap pengundi yang bakal mengundi disana mendapati hampir 90 peratus adalah memihak kapada parti islam tersebut dan ia akan menjadi salah satu ‘tonik’ kepada semua pengerak-pengerak jentera parti islam tersebut untuk menerus dan meningkatkan lagi strategi dalam ‘mengkuburkan’ terus jentera karajaan tersebut. Kepada semua pengerak jentera pilihanraya parti islam seharusnya berwaspada dan berhati terhadap ‘senjata baru’ yang digunakan pihak kerajaan dalam menawan terus DUN Manek Urai ini. Tambahan lagi, ‘masterpiece’ yang menjadi pengatur terhadap pelbagai strategi dan helah untuk memenangkan jentera kerajaan dan ia merupakan pengatur yang berdiri di belakang tabir terhadap jentera kerajaan.’ Masterpiece’ adalah pengatur yang mengabungkan pelbagai cara dan kaedah untuk mengapai matlamat tanpa menghalalkan cara mana sekalipun iaitu mengabungkan pelbagai aspek kebendaan seperti wang, seks dan sebagainya. Justeru, kepada jentera parti islam seharusnya waspada terhadap kepincangan yang mendatang dalam mencari pemimpin yang betul- betul adil dengan berlandaskan syariat Allah S.W.T dan beratnya tangungjawab seorang pemimpin adalah seperti dalam hadis Rasulullah S.A.W:
“…Adillnya menjadi pemimpin adalah adilnya dalam satu jam saja, pahalanya lebih dari 60 tahun ibadah, sebab tugasnya sangat berat…..”
Wallahu’alam.
Kerajaan dan Sekolah: Dari Era ‘Laissez Faire’ ke Sentralisasi
-
Pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat dan
memastikan kesinambungan pembangunan sebuah negara. Namun, cara pendidikan
diurus dan d...
13 hours ago