Assalamualaikum w.b.t
“…apabila tiba kiamat, sedang ditangan kamu itu masih ada benih yang hendak ditanam, jika masih sempat menanamnya , tanamlah”
Hadis riwayat
Imam Ahmad
Sesungguhnya segala puji adalah kepada Allah, kita memujinya dengan memohon pertolonganNya, memohon keampunan Nya, dan berlindung dengan Allah dari segala keburukan segala amalan kita. Sesiapa yang Allah yang memberi petunjuk kepadanya maka tiada kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan maka tiada petunjuk baginya. Aku menjadi saksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya dan aku menjadi saksi bahawa Muhammad itu adalah hambaNya dan RasulNya.
Perhimpunan warga Manek Urai bersama Tok Guru yang diadakan baru-baru ini di Vistana Hotel, Kuala Lumpur dianjurkan Perantau Anak Kelantan (PERAKAN) telah memberikan ‘tonik’ baru terutamanya kepada warga manek Urai yang menetap di luar negeri Kelantan, bakal membawa gelombang hijau untuk terus membiaskan cahayanya di sana. Ana ditaklifkan sebagai jawatankuasa untuk bahagian pendaftaran pada malam tersebut dapat merasakan bahamnya yang akan tiba nanti di DUN 41 (Manek Urai). Sepanjang program tersebut dapat melihat akan keceriaan dan kemesraan yang terukir setiap wajah yang datang dan ini memberikan keyakinan kepada pihak kerajaan negeri untuk terus memancarkan cahaya hijau di manek Urai nanti…InsyAllah.
Ana masih teringat akan amanah yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dengan mengatakan bahawa islam adalah agama yang mendorong kejayaan dan kemenangan. Pangilan ‘marilah menuju kejayaan’ di ulang-ulang saban hari berkali-kali. Seorang yang peka tentunya dapat merasakan betapa kuatnya orientasi kejayaan dalam islam. Manusia sebagai khalifah Allah dibumi ini haruslah menginsafi ketinggian martabat dirinya dan misi kehadiran di muka bumi ini. Sebagai khalifah di muka bumi ini manusia seharusnya menginsafi misi dan kehadirannya adalah untuk bertugas dan bekerja membangun alam. Tanggungjawab itu tidak boleh di abaikan hingga ke akhir hayat manusia, hingga ke akhir usia bumi ini. Maka termaktudlah seperti hadis di atas.
UMNO atau BN tidak pernah pun menceritakan akan hidup atau mati akan tangungjawab terhadap alam kerana mereka ini hanyalah sebagai parti politik untuk kepentingan individu…penerapan nilai islam???tidak ada sama sekali kerana mereka ini telah pun menolak islam. Fikir-fikirkan wahai warga Manek UraI…ayuh kita bangun untuk perteguhkan parti yang membawa nilai-nilai islam. Gelombang hijau pasti dibiaskan dengan gayanya memandangkan kelibat anak-anak muda yang semakin ramai dan cenderung terhadap parti islam ini. Takbir!!!
Kerajaan dan Sekolah: Dari Era ‘Laissez Faire’ ke Sentralisasi
-
Pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat dan
memastikan kesinambungan pembangunan sebuah negara. Namun, cara pendidikan
diurus dan d...
14 hours ago