Taman rendang itu dipenuhi beraneka tanaman. Bunga-bunga mewangi, sementara buah ranum menyembur disela-sela dahannya yang rimbun. Disatu pokok, sebatang tunas tumbuh dan berkembang dengan cantiknya. Batangnya kukuh, rantingnya dihiasi pucuk-pucuk daun lebat dengan akar tertunjang ke bumi. Tunas itu khas. Ia berada ditempat yang asing. Jika fajar menyingsing sinar mentari menerpa pucuk-pucuknya. Ketika siang menjelang ia dipayungi rimbunan dahan di sekitarnya. Dan saat petang beranjak, sang raja siang pun sempat menyapa selamat tinggal melalui sinarnya yang lembut. Sang tunas tumbuh dalam suasana hangat. Maka tidak hairan jika ia tumbuh dalam, berbuah lebat, berbatang kukuh dan berdahan rendang. Tunas itu adalah Kelantan Darul Naim atau di kenali sebagai universiti politik.
Mengapa ana mengatakan Kelantan sebagai University politik??? Tidak hairan jika anda semua membuat tinajuan dikalangan kanak-kanak yang berumur 11 atau 10 tahun dan bertanyakan tentang politik dikalangan mereka, sudah pasti mereka dapat merungkaikan satu persatu mengenai parti politik di Malaysia. Ini juga telah berlaku terhadap ana sendiri semasa berumur 11 tahun dahulu. Pada tahun 1999, ketika itu pilihanraya bakal diadakan di Malaysia dan ana dan bersama-sama sahabat lain telah pun pandai berbincang hal-hal politik semasa ketika itu. Ada dikalangan sahabat yang menyokong parti kerajaan dan ada juga parti pembangkang, untuk mudahkan cerita antara PAS dan BN yang sering diperdebatkan antara kami semasa sesi persekolahan berlangsung. Sehinggakan guru dihadapan pun tidak di hiraukan kami. Inilah pengalaman semasa di sekolah dulu-dulu banyak suka dan duka dalam bersahabat dan menharungi zaman persekolahan rendah.
Bukan setakat serendah umur 11 tahun tapi hinggalah umur berpuluh-puluh tahun dapat memberikan pandangan politik mereka sendiri dengan begitu bernas sekali. Ana paling tertarik sekali apabila seorang YB menceritakan pengalaman beliau ketika berada di Manek Urai dua hari lepas, setelah selesai memberikan ceramah disekitar Manek Urai, beliau telah singgah di suatu tempat dimana sekitarnya terdapat ramai penjual buah durian, maklumlah sekarang ini adalah musim buah durian. Tiba-tiba beliau berhenti untuk menikmati buah durian di kedai seorang pak cik tua. Pak cik ini merupakan orang biasa, samalah dengan penjual-penjual durian di sekitarnya. Tapi apa yang istimewanya yang ada pada seorang penjual durian ini adalah pengetahuan mengenai politik. YB pada masa tersebut terkelu seribu bahasa apabila mendengar syarahan politik semasa yang diberikan oleh pak cik penjual durian tersebut. Dari erti kata lain memang kalahlah wakil-wakil yang ada di Parlimen, begitulah hebatnya masyarakat di Kelantan mengenai politik semasa dan tidak salahlah jika ia dikenali sebagai Universiti Politik Negara Malaysia. Wallahu’alam.
gambar hiasan
Kerajaan dan Sekolah: Dari Era ‘Laissez Faire’ ke Sentralisasi
-
Pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat dan
memastikan kesinambungan pembangunan sebuah negara. Namun, cara pendidikan
diurus dan d...
15 hours ago