Assalamualaikum w.b.t
“Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.”
Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan ruang untuk bersama-sama memeriahkan lagi ruang blog ana setelah sekian lama tidak menjenguk. Rasanya ingin menulis pulak setelah melalui banyak program yang perlu dicurahkan segala komitmen yang kita miliki.
Ana ingin mencatatkan serba sedikit pengalaman daripada program tersebut yang rasanya perlu dikongsi bersama-sama dengan sahabat. Program GEN atau gathering Expidisi Nurani atau lebih dikenali sebagai program bermusafir di Pulau pinang dan kedah itu mengingatkan kembali akan pertemuan pertama kami semasa di kampus iaitu melalui usrah yang telah direncanakan oleh abang senior. Bibik pertemuan pertama kami hanyalah dibincangkan mengenai usrah….apa itu usrah? ….apa itu usrah? ….apa itu usrah? Ana naik kebingungan pada masa tersebut. Adakah penting sangatkah usrah itu, sehinggalah hari berlalu demi hari sehinggalah aku mengerti betapa pentingnya usrah itu dalam mendidik jiwa seorang muslimin. Ana lebih tertarik untuk mengimbas kembali perkara yang sering dibincangkan semasa awal-awal lagi bersama sahabat-sahabat seperjuangan iaitu mengenai rukun usrah. Mungkin secara teorikal kita memang hebat, dapat menjawab semua persoalan mengenai rukun usrah tetapi hakikat sebenar barulah ana merasai kamanisannya setelah tiga tahun apabila bersama-sama sahabat seperjuangan dalam program musafir tersebut.
pantai merdeka
Sepanjang program tersebut kami bersama mengimbas kembali pahit dan manis semasa di kampus dan menceritakan pelbagai pahit manis semasa di usia kecil terutamanya sahabat yang hidup dalam suasana kampung. Dalam erti kata lain ‘ terkenang daku pada kampung halaman yang jauh disana‘ yang mana sejak dari kecil diri ini seorang yang sangat nakal sehinggakan banyak menyusahkan penduduk kampung halaman. Biasalah jiwa kanak-kanak yang agresif yang ingin mencuba semua benda sehinggakan hampir segenap kawasan hutan yang tidak pernah dimasuki orang kampung pun kita ceroboh dan masuk. Itulah zaman keci-kecil dulu….apabila melawat kampung-kampung sahabat mulalah aku terkenangkan halaman kampungku yang banyak meninggal pengalaman pahit dan manisnya. Kepada sahabat biarpun kita berpisah selepas ni, teruskan dan istiqamahlah dengan perjuangan kita selama ni yang telah tercipta di bumi UTMKL dan ingatlah perjuangan kita belum selesai……wallahu’alam
Kerajaan dan Sekolah: Dari Era ‘Laissez Faire’ ke Sentralisasi
-
Pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat dan
memastikan kesinambungan pembangunan sebuah negara. Namun, cara pendidikan
diurus dan d...
14 hours ago