Berita Terbaru :

Jom Baca!!!

Followers

Ayyuha al-Syabab


"Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin.

Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.

Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi"

-hassan al-banna-

Sunday, September 29, 2013

Hukum Tidur Tanpa Ada Seurat Benang.

Soalan :
Assalammualaikum ust dan ustz,sya ingin bertanyakan hukum sekiranya saya dan isteri saya tidur dlm keadaan berbogel dlm bilik sewaktu tidur malam?tanpa ada alasan untuk kami melakukan sedemikian,maaf atas kejahilan,saya baru mahu mendalami hukum agama.


Gambar Hiasan

Jawapan :
Wa’alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Anda dan isteri diharuskan berbuat demikian dengan syarat tidak ada orang yang boleh melihatnya.

Walau bagaimanapun, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ada bersabda, maksudnya:

diriwayatkan oleh Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya, maksudnya:
“Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! (Kepada siapakah) dari ‘aurat kami boleh kami perlihatkan dan (kepada siapa) kami hindarkan?”

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Peliharalah ‘aurat kamu melainkan dari isteri kamu atau hamba sahaya perempuan kamu.”

Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimana pula jika ada orang-orang berhimpun sebahagiannya dengan sebahagian yang lain?”

Rasulullah S.A.W bersabda:
“Jika kamu berupaya (membuat) seseorang tidak akan melihat ‘aurat kamu, maka janganlah orang itu melihatnya.”

Dia berkata: “Saya bertanya: “Bagaimana pula jika seseorang itu bersendirian?”

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Allah itu lebih berhak untuk dirasa malu daripada manusia.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Monday, September 23, 2013

10 soalan tentang ‘perasionalan’ subsidi

Rasanya agak terlewat untuk menulis mengenai topik ini tetapi sebagai seorang rakyat Malaysia dan pembayar cukai, saya masih berhak untuk mengajukan soalan kepada Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Unit Perancang Ekonomi, PEMANDU dan semua konsultan yang menasihatkan kerajaan untuk ‘merasionalisasi’ atau ‘menyelaraskan’ subsidi petrol dengan menaikkan harga sebanyak 20 sen.

Saya hanya ingin tahu bagaimanakah subsidi dibayar kepada pengeluar/pengimport minyak petrol dan keperluan asas lain seperti beras, gula, tepung dan minyak masak di negara ini. Saya berharap akan mendapat penjelasan yang memuaskan kepada soalan berikut:

1.       Siapa dalam kerajaan/kementerian/agensi yang menentukan berapa banyak harus dibayar?

2.       Siapa dalam kerajaan/kementerian/agensi yang membuat bayaran?

3.       Kepada siapa subsidi dibayar? Berapa banyak pengeluar/pengimport yang dibayar?

4.       Berapa jumlah bayaran kepada setiap pengeluar? Adakah pengeluar petrol/pengimport menginvois kerajaan untuk menuntut pembayaran daripada kerajaan?

5.       Berapa kali bayaran dibuat setahun?

6.       Apakah bentuk bayaran kepada mereka – adakah wang tunai dibayar kepada pengeluar/pengimport, atau mereka diberikan rebat, pijaman atau pelepasan cukai, atau dalam bentuk lain?

7.       Apakah asas kepada pemberian subsidi – adakah melaui perjanjian bertulis antara kerajaan dan pengeluar/pengimport?

8.       Mengapa subsidi petrol sentiasa bertambah walaupun harga minyak turun di pasaran dunia?

9.       Adakah subsidi terpaksa diberikan kerana kegagalan kerajaan menghapuskan monopoli yang dimiliki segelintir kroni terutama dalam import gula dan beras? 

10.   Bagaimana wang hasil penjimatan subsidi dibelanjakan selain daripada memberi BR1M? (Masih segar di ingatan saya ketika mantan PM Abdullah Badawi menaikkan harga minyak di awal pemerintahannya dahulu, alasannya kononnya penjimatan subsidi akan digunakan untuk menaiktaraf pengangkutan awam di KL. Sembilan tahun kemudian dan pengangkutan awam di KL masih di takuk lama, malah lebih buruk lagi.)

Soalan saya mungkin kedengaran ‘bodoh’ di mata Nazri Aziz tetapi sebagai seorang yang tiada pendidikan formal dalam bidang ekonomi dan hanya berdasarkan pembacaan, saya benar-benar ingin memahami mekanisme subsidi yang diamalkan kerajaan selama ini.

Soalan ‘bodoh’ di atas saya lontarkan kerana kerajaan tidak pernah berusaha untuk memberi penjelasan terperinci tentang subsidi petrol mahupun keperluan asas lain kepada rakyat terbanyak. Jika ada pun, kebanyakannya dalam bahasa ‘konsultan’ yang canggih dan tidak difahami oleh rakyat kebanyakan. Nampaknya seperti kerajaan mahu mengaburi mata rakyat dengan penggunaan istilah ‘subsidi’ dan istilah ekonomi yang sukar difahami sebagai justifikasi kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Kami rakyat tidak pernah mendapat penjelasan yang memuaskan dalam bahasa yang mudah difahami tentang keberkesanan subsidi dan signifikan kenaikan harga minyak dalam menstabilkan ekonomi negara. Yang kami tahu, kami rakyat kebanyakan tidak punya pilihan tetapi terpaksa menampung kos sara hidup yang melambung akibat ‘perasionalan’ subsidi ini. Menteri pula dengan angkuh dan tanpa segan silu mengisytiharkan bahawa tiada kenaikan harga barang akan berlaku kesan kenaikan harga minyak.

Jika kerajaan benar-benar jujur untuk memperbaiki asas ekonomi negara dan mengurangkan kebergantungan kepada subsidi, mulakan dengan memberi penjelasan munasabah kepada rakyat mengapa mereka yang rata-rata berpendapatan rendah terlebih dahulu menerima tempias dan tamparan dek ‘perasionalan subsidi’ (baca kenaikan harga minyak). Bukannya memberikan alasan dangkal bahawa kenaikan ini akan ditampung oleh BR1M.

 Rakyat Marhean

Thursday, September 19, 2013

"Malaysia Pasca PRU 13" - Bual Bicara Bersama Facebookers | 15 September 2013 (FULL HD)



Rakaman penuh program Bual Bicara Bersama Facebookers Siri-5 yang menampilkan Ust Dr Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi MURSHID), Dr Zuhdi Marzuki (Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat), Wan Saiful Wan Jan (Pengarah IDEAS) bersama moderator Hasbie Muda yang berlangsung pada 15 Spetember 2013 bertempat di Balai Islam Lundang.

Monday, September 16, 2013

Peringatan sesiapa suka buang nasi ke tong sampah.

http://biaqpila.blogspot.com/,



Kalau Allah murka, Allah boleh mencipta pelbagai jenis musibah untuk memberi peringatan atas kealpaan kita, w alaupun negara kita aman dan nampak macam tiada bala bencana seperti puting beliung, gunung berapi dan lain-lain lagi.


Kenaikkan harga tidak kira harga minyak mahupun harga bagi barang-barang keperluan yang lain juga adalah suatu musibah yang sangat dahsyat dikala keegoan manusia menerpa.

Apabila Allah datangkan suatu musibah, maka orang yang baik, soleh, dan solehah pun akan terkena tempiasnya. Semua orang akan merasa musibah tersebut kecuali mereka yang Allah lindungi kerana ada amalan yang Allah suka.

Mungkin kita tidak sedar bahawa kita telah banyak melakukan pembaziran dalam perbuatan kita seharian seperti air, makanan, elektrik dan lain-lain perbuatan lagi. 

Yang paling dahsyat ialah apabila kita membuang rezeki ke dalam tong sampah. Lebih-lebih lagi butiran nasi. Nasi atau rezeki adalah perkara yang mulia. Perkara mulia yang tidak boleh diletakkan pada tempat yang hina seperti di dalam tong sampah.

Apabila kita menghina butiran nasi dan rezeki yang kita perolehi, maka setiap butiran itu akan berdoa kepada Allah.Oleh itu, Àllah akan membuat keputusan-Nya untuk menghina pada kita balik.

Perhatian Kepada Kita Semua.


Sila habiskan butiran nasi dan makanan, sekiranya tidak habis dimakan, maka jangan sesekali buang ke dalam tong sampah. Sebaik-baiknya, berilah kepada binatang-binatang lain seperti kucing, ayam, itik, burung dan ikan. Kalau tidak jumpa binatang-binatang tersebut, maka boleh juga diletakkan berhampiran pada pokok-pokok di sekeliling tempat tinggal anda untuk dijadikan makanan semut, cacing dan pokok-pokok yang ada di situ (baja organik).

Sambil-sambil itu ucapkanlah istighfar dan bersyukurlah kepada Allah dengan rezeki lebihan yang anda perolehi pada hari ini serta berdoalah supaya orang-orang yang tidak senasib dengan anda seperti di Syria dan di mana-mana negara yang penduduknya tidak cukup makan dalam sehari ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang akan memperolehi rezeki yang cukup untuk keperluan harian mereka. Amin.

Saya bercakap utk diri saya dan anda-anda sekalian dan bermuhasabahlah diri kita semoga Allah memberi taufiq dan hidayah serta maghfirah kepada kita agar kita tidak tergolong di dalam orang-orang yang kufur pada nikmat Allah.

Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Pakatan Rakyat 2

Popular Posts

Mutiara Kata

"...... makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu"

Khalifah Umar bin Khatab

Alexa Internet

There was an error in this gadget

Blog Archive